Tuesday, October 14, 2008

PERMATA HATIKU.... SERUPA TAK?

Muhammad Adib & Nur Adibah. Gambar diambil semasa seminar yang diadakan di Port Dickson. Dapat duduk di apartment 4 beranak. Boleh la... seminar buat masa cuti sekolah, banyak hotel full house. Hari ini banyak cubaan dibuat untuk memasukkan counter bagi mengira jumlah pelawat & juga jam tetapi masih belum berjaya... almaklumlakan belajor sendiri & tips dari kengkawan... Insya Allah... berkat usaha selalu, pasti satu hari aku akan berjaya...

2 comments:

umie k. said...

Nasihat Luqmanul-Hakim kepada anaknya :
"Hai anakku, ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama Taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah s.w.t."

umie k. said...

Wahai anak-anakku yang tersayang, jadikanlah nasihat Luqmanul Hakim ini sebagai panduan hidupmu kelak...
Orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah.orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah.Orang yang merasa dirinya hina dan rendah dalam beribadah dan taat kepada Allah,maka dia tawadhu'kepadanya' dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan diri kepada maksiat.Jauhkan diri mu dari berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan diri mu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.Selalu lah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah, takutlah Allah dengan sebenar benarnya.Hai anak ku, seseorang pendusta akan lekas hilang air mukanya,kerana tidak dipercayai orang dan orang yang telah rosak ahlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar.Ketahuilah memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertiaan kepada orang yang tidak mahu mengerti.Hai anak ku, kau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat akan lebih berat lagi bila mana kau mempunyai tetangga yang tidak berbaik.Jahuilah bersifat dusta,sebab berdusta itu enak sekali mengerjakannya,bagaikan memakan daging burung padahal sedikit saja berduta telah memberikan akibat yang berbahaya.Hai anak ku, bila engkau mempunyai dua alternatif atau dua kemungkinan, melawat orang mati atau menghadiri majlis perkhawinan, maka hendaklah engkau memilih untuk melawat orang mati, sebab melawat orang mati akan mengingat kan engkau kepada kampung akhirat, sedang kan menghadiri majlis perkhawinan itu hanya mengingatkan kau kepada kesenangan duniawi. Bukan lah suatu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak mengamalkannya. Hal itu sama seperti seseorang yang mencari kayu api, setelah banyak dikumpunya tidak mampu dipikulnya padahal ia masih terus menambah.Hai anak ku bila engkau ingin mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dulu dengan pura pura sehingga dia marah. Bilamana dalam kemarahannya itu dia masih berusaha menginsafkan atau menyedarkan kamu, maka bolehlah dia engkau jadikan sebagai kawan.Bila tidak demikian, maka hendahlah engkau berhati hati terhadapnya.