Friday, November 7, 2008

BILA HARGA MINYAK TIDAK MENENTU...

Bila harga minyak tidak menentu... ada sahaja cadangan bagi menjimatkan minyak & lepas dari bayaran tol...

Thursday, October 16, 2008

KERANA SUSU...

Muhammad Adib Minum susu Nur Adibah... sebagai balasan diberikanlah satu ciuman... hi hi hi... macam-macam...

PAGI SYAWAL DI RUMAH NENEK...

Pagi hari Raya di Rumah nenek Yot di Kampung Bukit Larang, Telok Mas Melaka. Nak pergi beraya lah nie... tang kasut... failed...

HARI RAYA AIDIFITRI













Gambar diambil semasa hari raya Aidilfitri pertama yang lalu... diambil di rumah atuk Long mereka di Kg. Bukit Godek, Semabok, Melaka. Melibatkan artis-artis yang memperagakan pakaian sedondon bewarna biru. Dari kanan Guru Besar (Master Mind) Nur Sarah Aqilah, Muhammad Adib (Penyelaras), Nur Adibah & Nur Sarah Afiqah (tengah haus...)












Bersama best friend... hi hi hi...

Wednesday, October 15, 2008

NAMPAK KAKI AJE....

Antara kerenah dan telatah kedua-dua anakku yang sempat dirakamkan... apa yang diperhatikan agak nyer eik? Almaklumla duduk rumah merpati nie... Nampak berpakat baik... sayang-menyayangi... Tapi bila gaduh... agak-agak sapa menang... hi hi hi...

Sibuk nak berkemas masa tu lah dia sibuk nak main atas tilam... dah la ada katil tak boleh nak pasang... sebabnyer dua-dua pernah jatuh katil. Nasihat doktor tak payah la pakai katil... biasa la... anak-anak zaman sekarang brutal & bijak-bijak belaka... Semoga dewasa kelak menjadi insan yang berguna... Amin...

Tuesday, October 14, 2008

PERMATA HATIKU.... SERUPA TAK?

Muhammad Adib & Nur Adibah. Gambar diambil semasa seminar yang diadakan di Port Dickson. Dapat duduk di apartment 4 beranak. Boleh la... seminar buat masa cuti sekolah, banyak hotel full house. Hari ini banyak cubaan dibuat untuk memasukkan counter bagi mengira jumlah pelawat & juga jam tetapi masih belum berjaya... almaklumlakan belajor sendiri & tips dari kengkawan... Insya Allah... berkat usaha selalu, pasti satu hari aku akan berjaya...

Monday, October 13, 2008

BERMULANYA SEBUAH NUKILAN...

ASSALAMULAIKUM WBT...
Salam Muhibbah untuk semua yang melayari LAMAN BLOGKU... Terdetik untuk membina LAMAN BLOG ini pada 12 Syawal 1429H Bersamaan 12 Okt 2008. Semoga ilmu yang sedikit ini bisa menggamit memori yang indah untuk KELUARGAKU... Terima kasih untuk kalian yang senantiasa menyokong serta memberiku peluang mencoretkan apa-apa sahaja sepanjang blog ini dihasilkan...